Followers


penulis:Fatimah Syarha Mohd Noordin
Telaga Biru 2009,
ISBN 978-967-5102-40-0 0.15 kg, 91 Pages
Update catalog on Monday 25 May, 2009.



Buat Adik-adik remaja yang baru nak mengenali cinta, ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja, dengarilah pesanku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki. Buat bakal-bakal pengantin baru, ketahuilah bingkisan ini ingin memberikan gambaran kepadamu tentang hari-hari awal pernikahan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan. Buat pengantin baru, ketahuilah bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaan itu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu. Buat para suami,ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu. Buat para isteri, ketahuilah bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif dalam membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya. Buat ibubapa, ketahuilah bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga dan berguna untuk anak-anakmu membina paradigma baru agar tak tertipu mengejar cinta sebelum kahwin.

Tajuk : Kisah Cinta Dalam Al-Quran
Pengarang : Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat & Misbah Em Majidy
Penerbit : Anbakri Publika Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-5-24900-6
Mukasurat : 238 halaman



Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya “ahli” hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan “live” !

Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yg bermaksud: “Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-‘Imran Ayat 31).

Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yg bermaksud: “Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-‘Imran Ayat 31).

Ulasan Buku ini:

Ulasan Buku ini:

Tajuk: Sirah Nabawiyyah - Insan teladan sepanjang zaman
Oleh: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nufair Street Sdn Bhd 2007,
ISBN 983-3172-02-4
m/s: 0.73 kg, 544 Pages



Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail A.S bin Nabi Ibrahim A.S. Nabi Muhammad adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh Nabi-Nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT.

Buku ini cuba mengupas sirah hayat Rasulullah bermula dari pelantikan baginda sebagai rasul, mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda serta penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW yang bertali arus sehingga dapat menubuhkan sebuah Negara Madinah yang mementingkan hak muslim dan bukan muslim dijamin dalam sebuah perlembagaan.

Ulasan Tentang Buku ini

Ulasan Tentang Buku ini

Tajuk : Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat Pengarang : Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron
Penerbit : Anbakri Publika Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-5249-06-8 Mukasurat : 122 Halaman



KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT memaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksanaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi dan pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama dan mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?
Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau dan masjid-masjid. Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan dan pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskhah terbitan Anbakri Publika kali ini. Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea dan pemikirannya menjadi ikutan dan panduan.
Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran dan perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program dan skim yang memelihara kebajikan rakyat. Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea dan praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehinggakan hari Jumaat diisytihar sebagai hari ’talaqi’ di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati. Nah, buku ini mendedahkan segala-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.
Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulung. Ia jujur berkisah tentang seorang ulama, Menteri Besar dan sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.

Ulasan Tentang Buku ini:

Ulasan Tentang Buku ini:
Tajuk : Masjid Itu Hidupku
Pengarang : Ustaz Mohd Gunawan Che Abd Aziz
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd ISBN : 978-983-5102-02-8


Buku ini membongkar fungsi masjid sebagai tempat yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t. Ia merupakan tempat yang mulia dan suci di sisi Islam. Masjid menjadi lambang kepada syiar Islam, pusat pengembangan agama dan pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam.

Kelebihan buku ini ialah cara persembahan kandungannya yang unik dan tidak membosankan. Setiap hikmah masjid dibentangkan dalam bentuk seakan-akan "separa novel". ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kebosanan di hati pembaca.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua bagi mengetahui hikamh sebenar masjid dan amalan-amalan yang patut dilakukan bagi mengimarahkannya.


No posts.
No posts.